Monday, 11 January 2016

China Town Terengganu

Rata-rata antara anda sudah tentu terfikir tempat mana nak bercuti sempat sempena cuti singkat menjelang Thaipusam iaitu pada 24hb Jan ini. Jadi, comform2 la cuti 3 hari berderetan (+ cuti transfer). Apa kata anda layan entry ni untuk dapatkan ilham percutian terutama di Terengganu. 

Bercerita mengenai Kg. Cina, mungkin kita terbayang persekitaran kampung tradisional cina seperti di zaman pemerintahan cina terdahulu. Tapi jangan terkejut, Kg. Cina ini masih lagi wujud dan dipelihara dengan baik. Untuk sampai ke sini, anda mestilah melalui Pinggir Pulau Warisan di bandar Kuala Terengganu. Map berikut diharap dapat membantu.


 Jarak perjalanan daripada Homestay Teratak Beladauseri lebih kurang 8.5 km atau perjalanan selama 18 minit. Kalau jammed tambah la sikit2. (Untuk map, click here)



Banyak kan tempat2 menarik di sekitar Kg. Cina. Dah puas shopping di Pasar Payang, boleh la ronda2 di sekitarnya. Semuanya boleh jalan kaki je. Kalau nak pengalaman menarik boleh la naik beca. Klasik!!


No comments:

Post a Comment