Our Location

Ramai yang tanya kat mana homestay ni? Dekat ke nak ke sana nak ke sini nak ke situ? Apa yang best ada kat situ?

Haa ini jawapannya!

1. Terletak di Taman Aris Indah, Manir, Kuala Terengganu. Sebuah taman perumahan baru di tepi jalan raya utama, berhadapan dengan Pejabat Pembangunan Pertanian, MARDI di Manir.



Hanya 900m dari Pekan/ Pasar Manir. Kemudahan lain yang berdekatan ialah:
 
- Pasar Harian:
Setiap Sabtu berlangsung Pasar Sehari Manir (pasar tradisional antara yang tertua di Terengganu)
*jualan hasil pertanian, kraftangan tempatan, malah segala makanan pantai timur termasuk yg "rare" boleh ditemui di situ.

- kedai makan
- kedai jualan keropok lekor sedap
- gerai ketupat
- kedai roti paung Manir yang famous
- gerai buah-buahan
- klinik kesihatan dan klinik swasta (Hanya 2.5km & 24 jam)
- cybercafe
- kedai runcit
- kedai buku
- kedai pakaian dan kedai kasut
- salun rambut
- 7-Eleven (ATM Ambank)
- pejabat pos
- kedai dobi

2. Lokasi yang strategik di antara bandar Kuala Terengganu (8 km) & Kuala Nerus - Batu Enam - Gong Badak. 

• 5km ke Giant Hypermarket, Mydin Mall, Dataran Austin Gong Badak (pusat komersial terbaru di Terengganu).
• 5.5km ke Pusat Dagangan Terengganu (TTC) dan Perpustakaan Awam Negeri Terengganu
3. Berdekatan dengan IPT:

10.5 km ke Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) (kampus Gong Badak).

• 13.8 km ke Universiti Malaysia Terengganu (UMT).


  


• 5km ke Kolej Vokasional Kuala Terengganu (Wakaf Tembesu).

4. Berdekatan dengan tempat-tempat pelancongan menarik di Terengganu:

• 6km ke Muzium Negeri Terengganu.


• 10km ke Pulau Duyung (lokasi Monsoon Cup).
• 14km ke Pulau Wan Man - Masjid Kristal dan Taman Tamadun Islam.

5. Tempat-tempat utama yang lain:

• 10 km ke Kompleks Sukan Gong Badak.

9.2 km ke Sultan Mahmud Airport Kuala Terengganu.



• 10.1 km ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

23.5 km dari exit Lebuhraya Pantai Timur (LPT 2) (laluan Kuala Telemong).

Koordinat Lokasi

N 05 18 859'
E 103 04 755 '

No comments:

Post a Comment