Terima kasih kepada En Rozaini Zainuddin dan keluarga dari Selayang
Kuala Lumpur kerana telah memilih homestay Teratak Beladauseri pada
7-9hb Februari 2016 untuk bercuti ke Terengganu . Maklumbalas yang
diterima agak baik dan beliau menyatakan sangat selesa dengan penginapan
di sini . Bagi sesiapa yang ingin bercuti ke Terengganu boleh lah
membuat tempahan lebih awak kerana homestay kami adalah terhad dan atas
dasar " first come first serve " .
Wednesday, 10 February 2016
Sunday, 7 February 2016
Our latest customer!!
Terima kasih kepada puan Suhaida dan Keluarga dari kelantan yang telah
singgah ke homestay Teratak Beladauseri pada 3-5 Februari 2016 untuk
bercuti di Kuala Terengganu. Antara ulasan yang diterima " Penginapan
yang sangat selesa untuk seisi keluarga . Boleh menginap lagi .." .
Pihak admin mengalu-alukan kedatangan puan pada bila-bila masa sahaja.
Keselesaan yang kami tawarkan
Antara keselesaan yang disediakan di teratak homestay Beladauseri adalah tv 21 " serta siaran Astro serta DVD.
( Hanya untuk pengunjung Teratak Beladauseri 1 sahaja )
( Hanya untuk pengunjung Teratak Beladauseri 1 sahaja )
Tawaran terbaik buat pelangan kami!!
Untuk makluman pengunjung homestay Teratak Beladauseri. Homestay Teratak
Beladauseri 1 telah dinaik taraf. Berkuatkuasa bulan Februari 2016
pihak kami menyediakan mesin basuh jenama Toshiba baru untuk keselesaan
pengunjung di Teratak kami yang akan menginap lebih dari 2 hari dan ke
atas. Kesemua kemudahan sabun basuh serta tempat jemur baju juga
disediakan. Sesungguhnya kepuasan pengunjung adalah keperihatinan kami
di sini.
Tuesday, 2 February 2016
Ikan Celup Tepung Warung Pok Nong, Terengganu. Sedap Dan Sangat Popular!
Cuti perayaan Tahun Baru Cina & cuti sekolah bakal kunjung tiba. Apa kata anda kunjungi Terengganu terkenal dengan aktiviti pelancongan dan perikanan.
Jadi tidak hairanlah terdapat banyak restoren2 atau warung2 menjual pelbagai hasil tangkapan laut yang segar terus kepada penggemar makanan laut. Antara yang paling popular dengan kesegaran makanan laut dan harga yang berpatutan adalah Ikan Celup Tepung Warung Pok Nong yang terletak di A1693 Jalan Pantai, T145, Kampung Teliput, 21030 Kuala Terengganu, Terengganu.
Nampak je kedai ceggini. Tapi dia punya 'ICT' terlalu mables. Org datang sini xkisah dh kena beratur panjang. Asalkan dapat mkn! Rela! |
Siapa2 yang nak info lanjut berkenaan Warung Pok Nong, acu try minta tolong abam Google. Taip je mcm kat bawah ni. Siap ada alamat. Hokey!
Haaa..sesiapa yang menginap di Homestay Teratak Beladauseri bolehlah ke Warung Pok Nong yang hanya mengambil masa lebih kurang 22 minit sahaja. Dekat kan. Berikut adalah map ke warung Pok Nong daripada homestay.
Jom kita layan gambar2 yang sempat dipetik daripada abam Google.
Sedapppp....siapa yang pernah ke sini rata2 nya akan datang kembali ke sini. Tak makan rugi!
Subscribe to:
Posts (Atom)