Tuesday, 2 February 2016

Ikan Celup Tepung Warung Pok Nong, Terengganu. Sedap Dan Sangat Popular!

Cuti perayaan Tahun Baru Cina & cuti sekolah bakal kunjung tiba. Apa kata anda kunjungi Terengganu terkenal dengan aktiviti pelancongan dan perikanan. 

Jadi tidak hairanlah terdapat banyak restoren2 atau warung2 menjual pelbagai hasil tangkapan laut yang segar terus kepada penggemar makanan laut. Antara yang paling popular dengan kesegaran makanan laut dan harga yang berpatutan adalah Ikan Celup Tepung Warung Pok Nong yang terletak di A1693 Jalan Pantai, T145, Kampung Teliput, 21030 Kuala Terengganu, Terengganu. 

Nampak je kedai ceggini. Tapi dia punya 'ICT' terlalu mables. Org datang sini xkisah dh kena beratur panjang. Asalkan dapat mkn! Rela!
 Siapa2 yang nak info lanjut berkenaan Warung Pok Nong, acu try minta tolong abam Google. Taip je mcm kat bawah ni. Siap ada alamat. Hokey!


Haaa..sesiapa yang menginap di Homestay Teratak Beladauseri bolehlah ke Warung Pok Nong yang hanya mengambil masa lebih kurang 22 minit sahaja. Dekat kan. Berikut adalah map ke warung Pok Nong daripada homestay.


Jom kita layan gambar2 yang sempat dipetik daripada abam Google.






Sedapppp....siapa yang pernah ke sini rata2 nya akan datang kembali ke sini. Tak makan rugi!

No comments:

Post a Comment