Sunday, 27 March 2016

Kat mana Homestay Teratak Beladau Seri ni?

Kepada bakal pelanggan kami yang masih tercari-cari Homestay area Kuala Terengganu yang high recommended oleh pelanggan kami, apa kata singgah di Homesaty Teratak Beladau Seri 1 & 2. Utk family besar, xcukup 1 kami bagi sebelah lagi.


Untuk Map Lokasi yang lebih lanjut, sila (click here)

Lagiii..

Walaupun cuti sekolah sudah berlalu, kami masih menerima tempahan Homstay Teratak Beladau Seri 1 & 2 yang memang high recommended oleh customer kami!

Terima kasih kepada En.Ahmad dan keluarga dari Melaka yang telah memilih homestay Teratak Beladauseri dari 23-25hb Mac 2016 untuk bercuti-cuti ke Terengganu. Antara feedback yang di terima oleh pihak Admin BeladauSeri - " Homestay yang sangat bersih, fasiliti yang cukup dan memuaskan. Insya Allah jika ada masa lagi kami bercadang ingin menyewa lagi perkhidmatan homestay ini . Tahniah " . Di sini sememangnya keselesaan pengunjung/ tetamu adalah keutamaan kami. Bagi yang berhajat untuk bercuti-cuti di Terengganu bolehlah membuat tempahan awal kepada pihak admin.

Monday, 21 March 2016

Booked utk Cuti Sekolah

Terima kasih kepada keluarga Mariah Bt Husain dari Kuala Lumpur yang telah memilih homestay Teratak Beladauseri 1 untuk menginap dari 17-3-2016 hingga 19-3-2016. Antara feedback yang diterima adalah " rumah luas dan selesa , kemudahan lengkap , aircond pun sejuk dan terbaik " . Jangan lupa untuk datang dan menginap lagi di Teratak kami dan insyaallah akan ada special rate untuk repeat customer.

Sunday, 13 March 2016

Jom memasak! Ayuh!

Demi keselesaan & kemudahan yang sentiasa di'upgrade'kan untuk pelangan setia kami, antara kemudahan yang disediakan di Teratak Beladauseri ini adalah ruangan dapur yang serba moden dan baru untuk keselesaan pengunjung dari dalam dan luar Terengganu. 
Apa lagi..jom memasak semua! Ayuh!

Wednesday, 10 February 2016

Customer kami yg dtg bercuti ke Ganu!

Terima kasih kepada En Rozaini Zainuddin dan keluarga dari Selayang Kuala Lumpur kerana telah memilih homestay Teratak Beladauseri pada 7-9hb Februari 2016 untuk bercuti ke Terengganu . Maklumbalas yang diterima agak baik dan beliau menyatakan sangat selesa dengan penginapan di sini . Bagi sesiapa yang ingin bercuti ke Terengganu boleh lah membuat tempahan lebih awak kerana homestay kami adalah terhad dan atas dasar " first come first serve " .

Sunday, 7 February 2016

Our latest customer!!

Terima kasih kepada puan Suhaida dan Keluarga dari kelantan yang telah singgah ke homestay Teratak Beladauseri pada 3-5 Februari 2016 untuk bercuti di Kuala Terengganu. Antara ulasan yang diterima " Penginapan yang sangat selesa untuk seisi keluarga . Boleh menginap lagi .." . Pihak admin mengalu-alukan kedatangan puan pada bila-bila masa sahaja.

Keselesaan yang kami tawarkan

Antara keselesaan yang disediakan di teratak homestay Beladauseri adalah tv 21 " serta siaran Astro serta DVD.
( Hanya untuk pengunjung Teratak Beladauseri 1 sahaja )


Tawaran terbaik buat pelangan kami!!

Untuk makluman pengunjung homestay Teratak Beladauseri. Homestay Teratak Beladauseri 1 telah dinaik taraf. Berkuatkuasa bulan Februari 2016 pihak kami menyediakan mesin basuh jenama Toshiba baru untuk keselesaan pengunjung di Teratak kami yang akan menginap lebih dari 2 hari dan ke atas. Kesemua kemudahan sabun basuh serta tempat jemur baju juga disediakan. Sesungguhnya kepuasan pengunjung adalah keperihatinan kami di sini.

Tuesday, 2 February 2016

Ikan Celup Tepung Warung Pok Nong, Terengganu. Sedap Dan Sangat Popular!

Cuti perayaan Tahun Baru Cina & cuti sekolah bakal kunjung tiba. Apa kata anda kunjungi Terengganu terkenal dengan aktiviti pelancongan dan perikanan. 

Jadi tidak hairanlah terdapat banyak restoren2 atau warung2 menjual pelbagai hasil tangkapan laut yang segar terus kepada penggemar makanan laut. Antara yang paling popular dengan kesegaran makanan laut dan harga yang berpatutan adalah Ikan Celup Tepung Warung Pok Nong yang terletak di A1693 Jalan Pantai, T145, Kampung Teliput, 21030 Kuala Terengganu, Terengganu. 

Nampak je kedai ceggini. Tapi dia punya 'ICT' terlalu mables. Org datang sini xkisah dh kena beratur panjang. Asalkan dapat mkn! Rela!
 Siapa2 yang nak info lanjut berkenaan Warung Pok Nong, acu try minta tolong abam Google. Taip je mcm kat bawah ni. Siap ada alamat. Hokey!


Haaa..sesiapa yang menginap di Homestay Teratak Beladauseri bolehlah ke Warung Pok Nong yang hanya mengambil masa lebih kurang 22 minit sahaja. Dekat kan. Berikut adalah map ke warung Pok Nong daripada homestay.


Jom kita layan gambar2 yang sempat dipetik daripada abam Google.






Sedapppp....siapa yang pernah ke sini rata2 nya akan datang kembali ke sini. Tak makan rugi!

Sunday, 24 January 2016

Lagiii...feedback pelanggan kami

Terima kasih kepada keluarga En. Ramli dari Selangor yang telah sudi memilih homestay Teratak Beladauseri sebagai penginapan persinggahan pada 21-22 Januari 2016. Antara maklum balas yang diterima " Penginapan yang selesa , bersih dan pemilik mesra pelanggan " . Di sini sememangnya keselesaan pelanggan adalah keutamaan kami.

Monday, 11 January 2016

China Town Terengganu

Rata-rata antara anda sudah tentu terfikir tempat mana nak bercuti sempat sempena cuti singkat menjelang Thaipusam iaitu pada 24hb Jan ini. Jadi, comform2 la cuti 3 hari berderetan (+ cuti transfer). Apa kata anda layan entry ni untuk dapatkan ilham percutian terutama di Terengganu. 

Bercerita mengenai Kg. Cina, mungkin kita terbayang persekitaran kampung tradisional cina seperti di zaman pemerintahan cina terdahulu. Tapi jangan terkejut, Kg. Cina ini masih lagi wujud dan dipelihara dengan baik. Untuk sampai ke sini, anda mestilah melalui Pinggir Pulau Warisan di bandar Kuala Terengganu. Map berikut diharap dapat membantu.


 Jarak perjalanan daripada Homestay Teratak Beladauseri lebih kurang 8.5 km atau perjalanan selama 18 minit. Kalau jammed tambah la sikit2. (Untuk map, click here)



Banyak kan tempat2 menarik di sekitar Kg. Cina. Dah puas shopping di Pasar Payang, boleh la ronda2 di sekitarnya. Semuanya boleh jalan kaki je. Kalau nak pengalaman menarik boleh la naik beca. Klasik!!


Tuesday, 5 January 2016

Pasar Sabtu Manir


Ada Pasar Malam ke ? kat mana nie ? Bagi tetamu yang menginap di Homestay Teratak Beladauseri anda berpeluang untuk menikmati suasana malam di Pasar Manir yang diadakan pada setiap hari Isnin ( malam ) bermula dari pukul 5.30 petang hingga 10.00 malam setiap minggu. Pelbagai jualan makanan, pakaian dan lain-lain yang menarik ada di jual di sini. Jarak dari homestay kami hanyalah dalam 800 meter dan perjalanan tidak sampai 5 minit.


Antara keistimewaan yang terdapat di Pasar Sabtu Manir yang berdekatan Homestay Beladauseri Manir adalah makanan yang " rare " yang tidak terdapat di tempat lain. Semuanya dijual oleh peniaga secara tradisional dari dahulu hingga ke hari ini. Ianya hanya terdapat di pasar Sabtu Manir bermula seawal 8.00 pagi hingga tengahari.Anda pasti akan teruja apabila ke sini kerana pelbagai barangan ada dijual di sini.


  
Pasar pagi ini di Pekan Manir. Cuma 900 meter dari Homestay Teratak Beladau Seri iaitu dari Taman Aris Indah - 1 hingga 2 minit saja dgn kenderaan.

Pasar Sabtu Manir yang masih mengekalkan tradisinya turun temurun.





Banyak lagi tempat menarik untuk anda lawati di Terengganu
Jom bercuti di Terengganu! Booking cepat homestay kami :
Encik Anuar 019-949 2393
Puan Nabilah 019-930 2393

Kenyir Waterpark

Bagi sesiapa yang ingin berkunjung ke Terengganu, kini telah ada Taman Tema yang baru dibuka baru-baru ni iaitu " Kenyir Waterpark " yang terletak Tasik Kenyir. Perjalanan lebih memakan masa lebih kurang 1 jam dari Kuala Terengganu.

 

Harga tiket untuk ke Kenyir Waterpark adalah RM20 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak. Harga ini adalah termasuk tiket bot pergi dan balik ke Taman Tema.

Feedback Homestay



Puashati dengan penginapan dan kemudahan homestay ini. Servis terbaik. Tq.” – Laili (berasal dari Johor)

Penginapan yang sangat selesa dan deco dalaman yang cantik. Prasarana lengkap serta peralatan dapur yang juga lengkap. Puas hati dan gembira. Tq.” – Razman (berasal dari Selangor)


Penginapan yang bersih, kemas, selesa. Tuan rumah mesra dan peramah. Lokasi yang strategik.” – Rashidi (berasal dari Kemaman)

Penginapan selesa cantek dan menarek. Terbaek.” – Azmi (berasal dari Dungun)

STYLE, QUALITY & EXCELLENT. 5 *” – Fariez (berasal dari Pahang)

Terima kasih kepada keluarga Nurlinee Binti Mohamad Amin dari Pontian, Johor kerana sudi menjadikan Teratak Beladauseri 2 sebagai penginapan pilihan untuk keluarga sempena menghadiri Majlis Konvokesyen di UMT pada 24hb Oktober 2015 serta bercuti ke Kuala Terengganu. Feedback yang kami diterima adalah sangat memuaskan kerana fasilitinya yang serba lengkap dan baru.


Terima Kasih kepada keluarga Fatin dari Melaka yang telah menginap di Homestay Teratak Beladauseri pada 24-25hb Oktober 2015 yang lalu sempena menghadiri konvokesyen di UMT Terengganu. Feedback yang diberikan juga adalah baik dan memuaskan semasa tinggal di homestay ini.


 Terima Kasih kepada Aidy Ajmer dan keluarga yang telah sudi berkunjung ke Teratak Beladauseri kami. Beliau sempat singgah ke Kenyir Waterpark ( Taman Tema Tasik Kenyir ) yang baru dibuka kepada orang awam . Untuk sampai ke Taman Tema ini anda perlulah menaiki bot. Ianya suatu pengalaman baru . Perjalanan ke Pengkalan Gawi dari Teratak kami mengambil masa lebih kurang 45 minit melalui jalan Manir - Telemong - Kuala Ping - Pengalan Gawi. 


Terima kasih kepada En.Razman dan keluarga dari Selangor kerana telah memilih Homestay Teratak Beladauseri Manir untuk bercuti di Terengganu pada 3-5 hb November 2015. Antara maklumbalas yang diterima dari keluarga Razman ialah " Penginapan yang sangat selesa dan deco dalaman yang cantik. Prasarana lengkap serta peralatan dapur yang juga lengkap. Puas hati dan gembira ."